Home Dunia Hospital rawat Covid-19 terbakar, 9 maut

Hospital rawat Covid-19 terbakar, 9 maut

Para penyelamat terpaksa memecah tingkap ICU sebuah hospital di hospital in Constanta, Romania untuk menyelamatkan mangsa. foto Reuters

BUCHAREST, Romania – Sebuah hospital di bandar Constanta di Pelabuhan Romania yang merawat pesakit Covid-19 terbakar menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang mati, kata pihak berkuasa.

Semua pesakit telah diselamatkan dan api berjaya dipadamkan pada pertengahan pagi.

Kementerian Kesihatan Romania dalam satu kenyataan berkata, lebih banyak maklumat akan akan diberikan pada sidang akhbar pada waktu yang tidak ditentukan.

Dikatakan seramai 113 pesakit berada di unit perubatan hospital, 10 daripadanya adalah pesakit unit rawatan rapi.

Romania, sebuah negara Kesatuan Eropah mempunyai 19 juta populasi merekodkan dua kes kebakaran hospital beberapa tahun lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang keadaan infrastruktur hospital di negara itu.

Pada November lalu, 10 orang meninggal dunia setelah unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 di bandar utara Piatra Neamt terbakar.

Kebakaran lain pada Januari lalu melanda sebuah wad di hospital Matei Bals di Bucharest, membunuh sekurang-kurangnya lima orang. – AP