KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah
menerima pendaftaran seramai 2,089 orang pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda kemasukan Sesi 2021/2022 secara dalam talian, baru-baru ini.
Berikutan musim pandemik ini maka proses pendaftaran masuk pelajar baharu ini dilaksanakan menerusi sistem dengan mengaktifkan pelajar secara dalam talian bermula 27 September lalu.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, UTeM terus menjadi pilihan lepasan matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di sini.
Katanya, penzahiran prestij kecemerlangan UTeM dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi dalam dan luar negara serta kadar kebolehpasaran graduan berprestasi tingi serta mampan menjadi buruan majikan dunia maka ianya telah melonjakkan UTeM sebagai destinasi utama gerbang pengajian tinggi teknikal
pilihan ramai.
Jelasnya, pada kemasukan kali ini mencatatkan seramai 704 orang pelajar mendaftar bagi mengikuti pengajian program teknologi kejuruteraan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).
Katanya, seramai 631 orang pelajar pula mendaftar bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di 4 fakulti kejuruteraan di UTeM yang mana Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan
Komputer (FKEKK), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Kejurteraan Pembuatan (FKP).
“Sementara itu bagi program-program lain mencatatkan pendaftaran sebanyak 401 orang pelajar bagi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) manakala 353 orang pelajar bagi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan,”
ujarnya lagi.
Menyentuh mengenai Minggu Haluan Siswa (MHS) Dr Ghazali berkata, mahasiswa baharu ini akan MHS secara dalam talian bermula pada 30 September hingga 2 Oktober ini bersama dengan dengan pelajar baharu diploma yang mendaftar
pengajian di sini pada awal Ogos lalu.
Sesi perkuliahan bagi mahasiswa baharu program sarjana muda ini akan bermula pada 4 Oktober nanti. – MalaysiaGazette