Home Politik Politik Malaysia ada ‘tangan ghaib’ kejar undi ultra kiasu

Politik Malaysia ada ‘tangan ghaib’ kejar undi ultra kiasu

Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

KUALA LUMPUR – Politik Malaysia didakwa seolah-olah ada tangan ghaib apabila permintaan bangsa sendiri dipinggirkan demi mengejar undi ultra kiasu yang asal usulnya adalah pendatang.

Seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa, undi ‘pendatang’  bagai fatamorgana dikejar  seolah-olah kedaulatan dicagar dan tiada kuasa.

“Ada kuasa, bersabar, suara rakyat dilempar. Mungkinkah PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15) ini adalah PRU terakhir untuk parti-parti Melayu apologetik.

“Lebih 64 tahun merdeka, sudah sarat pengalaman bangsa ini menelan air liur dipermainkan pemimpin bangsanya sendiri, sama ada yang berserbankan Islam atau bersongkokkan Melayu. Keduanya tanpa sedar adalah wajah sekular, satunya cair agama, dan satunya lagi cairkan bangsa.

“Apabila agama tiada bangsa, ia umpama enjin kereta tanpa tanpa badan kereta itu sendiri. Manakala, bangsa yang diperjuang tanpa agama, ia umpama badan kereta tanpa enjin,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya.

Tulisan itu berkaitan laporan 63 buah Sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Cina (SMPC) di seluruh negara telah mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta dari kerajaan tahun ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, SMPC di seluruh negara menerima peruntukan dari Kementerian Kewangan yang disalurkan sejak beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridhuan yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin menambah, selepas PRU-15, umat Islam mesti bersedia bangkit dengan sebulat perjuangan yang mampu menyatukan agama dan bangsa secara hikmah jika mereka sayangkan anak cucu mereka tanpa menafikan hak orang (bangsa) lain.

“Tapi jika mereka sayangkan parti-parti yang ada lebih daripada negara dan nasib anak cucu, teruskan bertaasub pada parti parti yang ada, untuk dapatkan hebahan seposen dua, sedangkan ‘pendatang’ mendapat sejuta dua

“Air mata bergelinang memikirkan nasib agama, bangsa dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette