Home Dunia 8 maut, pesawat persendirian rempuh bangunan

8 maut, pesawat persendirian rempuh bangunan

Asap tebal menyelubungi kawasan kemalangan selepas sebuah bangunan dirempuh oleh pesawat persendirian. foto EPA

MILAN – Sebuah pesawat peribadi telah merempuh sebuah blok pejabat kosong di bandar Milan di utara Itali, mengorbankan kesemua lapan orang di dalamnya.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Pulau Sardinia, terhempas sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Milan Linate.

Ketika kejadian pesawat berkenaan diterbangkan oleh Dan Petrescu, 68, seorang jutawan Romanis.

Dia meninggal bersama isteri dan anak mereka, kata media Itali.

Kemalangan itu membakar blok pejabat dan beberapa kereta yang diparkir.

Setakat ini tiada mangsa lain yang cedera.

Siasatan mengenal pasti punca nahas telah dilancarkan.

Beberapa saksi mengatakan pesawat Pilatus PC-12 itu sudah terbakar ketika ia jatuh.

“Saya mendengar bunyi pesawat di atas saya seolah-olah pesawat itu mematikan enjinnya.

“Kemudian saya mendengar letupan yang sangat kuat, tingkap rumah kami mula bergegar sehingga saya membuka tingkap dan melihat awan asap besar,” kata seorang lelaki tempatan Giuseppe kepada agensi berita Reuters.

Petrescu, pemaju hartanah, adalah antara orang terkaya di Romania.

Selain dia, isteri dan anak lelaki mereka yang berusia 30 tahun, juga dilaporkan antara yang terbunuh. – BBC