LONDON – Southampton mengejutkan Liverpool menerusi kemenangan 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala EFL di St Mary’s, awal pagi tadi.
Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Nathan Redmond membolehkan selepas menerima hantaran dari Jay Rodriguez bagi menewaskan penjaga gol Liverpool , Loris Karius pada minit ke-20.
The Saints bagaimanapun mungkin berdepan saingan sengit apabila mereka berkunjung ke Anfield untuk aksi separuh akhir kedua dalam tempoh dua minggu lagi.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Manchester United menewaskan Hull City 2-0 di Old Trafford, kelmarin. – MalaysiaGazette