KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dijangka melanda empat buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah sehingga pukul 2 petang ini.
Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir itu dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah, Selangor dan Sabah.
‘Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Langkawi, Kedah manakala keadaan cuaca sama diramal berlaku di Selangor membabitkan daerah Kuala Selangor, Klang dan Petaling.
“Sementara di Sabah pula melibatkan daerah Tawau (Tawau, Kunak, Semporna) dan Kudat (Pitas, Kudat),” katanya. – MalaysiaGazette