Home Utama Sebuah hotel di Langkawi ditutup sementara, 50 petugas positif Covid-19

Sebuah hotel di Langkawi ditutup sementara, 50 petugas positif Covid-19

Orang ramai yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan tersebut tidak melepas peluang untuk melakukan aktiviti riadah di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 16 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebuah hotel di pulau peranginan Langkawi hari ini ditutup sementara selepas 50 kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman Twitter.

Menurut beliau, modul pengesanan kontak secara automatik di aplikasi MySejahtera telah menghantar notifikasi kepada 73 individu yang telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

“Jika anda mendapat notifikasi kontak kasual dan menunjukkan simptom, jalani ujian,” katanya namun tidak mendedahkan nama hotel berkenaan.

Artikel berkaitan:

Langkawi dibuka kepada pelancong pada 16 September lalu sebagai projek rintis gelembung pelancongan dalam suasana negara masih berhadapan pandemik Covid-19.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette