Home Politik Shahril kesal sikap ADUN UMNO sanggup tikam kawan sendiri

Shahril kesal sikap ADUN UMNO sanggup tikam kawan sendiri

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

KUALA LUMPUR – Sikap individu yang pernah menikmati kerusi Ketua Menteri Melaka sanggup menikam kawan dalam parti dikesali.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, situasi politik di Melaka amat mengecewakan kerana antaranya dicetus oleh individu-individu tertentu yang dahulu bersama-sama menubuhkan kerajaan negeri.

“Saya mengamati sidang media Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Raof Yusoh yang jelas menegaskan bahawa sebenarnya tiada masalah dalam kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Maka kemelut ini sengaja diwujudkan oleh individu yang mengejar agenda peribadi dan nafsu mahu jadi Ketua Menteri bukannya agenda parti mahu pun rakyat.

“Yang peliknya, PH juga nampak mahu menerima tindakan ini meskipun telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam politik baharu sehingga PRU-15 yang bukannya terlalu lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kemelut politik Melaka yang menjatuhkan kerajaan negeri dipimpin UMNO apabila ada empat wakil rakyat berpaling tadah termasuk dua daripada wakil dari UMNO sendiri.

Shahril  berkata, apa yang berlaku amat mengecewakan.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. umNO bunuh PN…DIBALAS ALLAH umNO BUNUH umNO DI melaka……TERIMALAH dengan TERBUKA tidak perlu KECEWA

Comments are closed.