KUALA LUMPUR – Kes penularan Covid-19 terus kekal di bawah 9,000 dengan 8,817 kes positif dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya kini 2,294,457.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, semua negeri telah mencatatkan pertambahan kes dengan tiga daripadanya meningkat kepada empat angka.
Menurut beliau, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes harian dengan 1,361 kes diikuti Selangor (1,348) dan Kelantan (1,063).
Selain itu, Johor mencatatkan 886 kes, Sabah (805), Pahang (696), Kedah (576) dan Pulau Pinang (595).
Pada masa sama, Perak merekodkan 473 kes, Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga), katanya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.