Home Sukan AFC iktiraf Selangor selaku kelab berlesen

AFC iktiraf Selangor selaku kelab berlesen

Foto Facebook FA Selangor

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akhirnya memberi pengiktirafan selaku kelab berlesen kepada pasukan bola sepak Selangor.

Pengumuman itu dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

“Rasmi! FA Selangor telah menerima lesen kelab dari The Asian Football Confederation dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bagi 2018 sekali gus membolehkan Red Giants bermain di Liga Super dan Piala AFC (jika layak) musim depan,” menurut kenyataan tersebut.

Bersama pengumuman itu turut dimuat naik gambar surat rasmi pengesahan bertarikh 28 Ogos 2017.

Sementara itu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mengesahkan pembaharuan lesen kelab dari FAM dan AFC.

“Kelab JDT telah mendapat pengiktirafan selaku Kelab Berlesen AFC. Pihak FAM dan AFC juga mengesahkan pembaharuan bagi lesen kelab JDT sekali gus melayakkan kelab ini bertanding di saingan tertinggi Asia.

“Dengan status ini, JDT layak mewakili negara dalam saingan Liga Juara-Juara AFC. Walaupun merupakan sebuah kelab baharu di negara ini tetapi JDT menjadi pendahulu dalam menerokai saingan bola sepak di peringkat tertinggi di Asia,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette