KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi pembeli bersih pada minggu lalu, menyaksikan aliran masuk bersih berjumlah RM293.36 juta.
Ini adalah minggu pertama pembelian bersih oleh pelabur asing, setelah melakukan aliran keluar satu minggu sebelum ini.
MIDF Research berkata, ketika pasaran dibuka semula pada hari Isnin lalu, pelabur institusi tempatan adalah pembeli bersih berjumlah RM103.04 juta.
Sementara itu, pelabur runcit dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing sebanyak RM19.09m dan RM83.94.
Pelabur asing adalah pembeli bersih untuk sepanjang minggu kecuali pada hari Isnin dan Selasa.
Firma penyelidikan itu berkata, aliran masuk asing terbesar direkodkan pada hari Rabu dengan aliran keluar terbesar pada hari Isnin masing-masing berjumlah RM135.62 juta dan RM83.94 juta.
Pelabur runcit adalah penjual bersih sepanjang hari kecuali pada hari Selasa dan Jumaat.
Menurutnya, jualan bersih terbesar oleh pelabur runcit direkodkan pada hari Rabu dan belian bersih terbesar pada hari Selasa masing-masing berjumlah RM38.71 juta dan RM23.88 juta.
Secara kumulatif, untuk minggu ini, peruncit bersih menjual ekuiti bernilai RM68.01 juta di Bursa Malaysia.
Sementara itu, institusi tempatan mencatatkan jualan bersih mingguan kumulatif sebanyak RM225.33 juta.
Institusi tempatan adalah penjual bersih setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Isnin dengan jualan bersih terbesar pada hari Jumaat sebanyak RM125.92 juta, sementara satu-satunya aliran masuk pada hari Isnin berjumlah RM103.04 juta.
Sejak awal 2021, secara kumulatif, pelabur runcit menjadi satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti iaitu sebanyak RM10.40 bilion.
Sementara pelabur institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing sebanyak RM6.71 bilion dan RM3.69 bilion.
Dari segi penyertaan pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatat pergerakan mingguan masing-masing -15.32%, + 15.07% dan + 32.12% dalam nilai purata dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette