Home Nasional Dua wad Hospital Pantai Klang terbakar

Dua wad Hospital Pantai Klang terbakar

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

KUALA LUMPUR – Dua bilik wad Hospital Pantai, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang terbakar lewat malam tadi.

Semua pesakit di hospital berkenaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Razif Mohd Haris berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.38 malam dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

Kebakaran di wad Hospital Pantai Klang.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bilik Wad No A60 dan A61 itu tidak melibatkan mangsa kerana kedua-duanya wad kosong.

Namun, seramai 30 orang pesakit dan 20 kakitangan dipindahkan.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.52 malam. – MalaysiaGazette