Home Dunia Pusat simpanan minyak Lubnan terbakar

Pusat simpanan minyak Lubnan terbakar

Kebakaran di Pusat Penyimpanan Minyak Zahrani, Lubnan menyebabkan asap tebal. foto Reuters

BEIRUT – Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran besar di sebuah kemudahan minyak di Lubnan, yang kini sedang mengalami krisis tenaga yang teruk.

Api meletus di tangki petrol di Pusat Penyimpanan Minyak Zahrani, kira-kira 50 kilometer (30 batu) dari selatan Beirut.

Kebakaran itu menyebabkan asap hitam melitupi ruang langit.

Tidak ada korban jiwa dilaporkan berlaku.

Kemudahan itu berdekatan dengan salah satu daripada dua loji kuasa terbesar di Lubnan – kedua-duanyaa ditutup sejak dua hari lalu kerana kekurangan bahan bakar.

Loji-loji itu menerima penghantaran minyak gas secara darurat oleh tentera pada malam Ahad bagi membolehkan ia beroperasi semula.

Ini menjadikan bekalan elektrik negera kembali ke tahap sebelum gangguan elektrik, namun hanya satu atau dua jam sehari.

Kejatuhan ekonomi menyebabkan Lubnan mengalami kekurangan bahan bakar serta keperluan asas lain, seperti perubatan, elektrik dan juga air minuman. – BBC