Home Nasional Kerajaan tangguh pindaan lapan RUU

Kerajaan tangguh pindaan lapan RUU

Undi18 Sarawak state election polls Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Undi18 voters Election Commission anti-party hopping
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan kerajaan menangguhkan pindaan terhadap lapan Rang Undang-undang (RUU) yang akan dibuat pada sidang kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kelapan-lapan RUU itu sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang ini namun ditarik balik.

“Usul itu hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat yang akan datang.

“Saya juga memohon usul perdana menteri berkenaan dengan pengungkaian ordinan-ordinan Darurat nombor 13 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini dibawa ke mesyuarat akan datang juga,” katanya sebelum sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) mengambil tempat.

Wan Junaidi berkata, kelapan-lapan RUU itu adalah Rang Udang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pindaan 2020, Rang Undang-undang Kilang dan Jentera Pemansuhan 2020, Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis 2020.

Empat lagi adalah Rang Undang-undang Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (pindaan 2021), Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011, Rang Undang-undang Pemuliharan Hidupan Liar 2010 dan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil Pembahagian (pindaan 2021).

Turut ditangguhkan perbentangan tujuh Ordinan Darurat yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ordinan itu adalah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021, Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021. – MalaysiaGazette