Home Ekonomi Dolar jatuh selepas Trump tidak jelaskan butiran dasar ekonomi

Dolar jatuh selepas Trump tidak jelaskan butiran dasar ekonomi

TOKYO-  Nilai dolar menyusut hari ini kepada nilai terendah dalam tempoh sebulan berbanding yen selepas sidang media paling ditunggu-tunggu daripada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menyentuh butiran terperinci berhubung janji beliau untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal dan mengurangkan cukai.

Menurut laporan Reuters, Trump yang akan mengambil alih White House pada 20 Januari ini tidak memberi penerangan lanjut mengenai rancangan beliau berhubung dasar-dasar ekonomi sebaliknya memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat farmasi dan agensi perisikan AS.

Nilai dolar turut jatuh serendah 114.245 yen pada Rabu.

“Ada “Trump baik” dan “Trump jahat” untuk pasaran. Apakah Trump baik akan kembali sebelum pelantikan?” kata pakar strategi pasaran di Sumitomo Mitsui Trust Bank di Tokyo, Ayako Sera.

Tambahnya, mereka perlu melihat sama ada dolar semalaman masih rendah semasa sesi dagangan di Tokyo.-MalaysiaGazette