KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Disember depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Menurut Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Ali, semakan kehakiman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Sebelum itu, kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri dan RoS telah menolak MUDA untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Permohonan itu telah dikemukakan oleh pengasasnya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sebelum ini, Noorin Badaruddin memutuskan untuk memberikan kebenaran terhadap permohonan semakan kehakiman terhadap KDN dan RoS oleh 12 individu termasuk Syed Saddiq.
MUDA telah memohon mahkamah untuk untuk membatalkan keputusan Hamzah menolak pendaftarannya bulan lalu.
Jelas mereka, penolakan pendaftaran mereka tidak mengikut Akta Pertubuhan yang telah diperuntukkan.
MUDA juga memohon mahkamah untuk ‘memaksa’ kerajaan untuk memberikan kebenaran mendaftarkan parti mereka.
Pendaftar Pertubuhan sebelum ini pernah menolak pendaftaran MUDA tanpa memberikan sebab awal tahun ini walaupun pernah membuat rayuan namun pendaftaran mereka tetap ditolak.
Parti itu mendakwa Hamzah, ketika menolak pendaftaran mereka, gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Pertubuhan.
MUDA turut memohon perintah mahkamah untuk memaksa kerajaan mendaftarkannya sebagai parti politik.
JPPM menolak pendaftaran MUDA awal tahun ini, tetapi tidak memberikan sebarang alasan untuk keputusan itu.
MUDA kemudiannya membuat rayuan peribadi kepada Hamzah, tetapi ia turut ditolak tanpa sebarang alasan. -MalaysiaGazette