Home Nasional Minggu depan penentu “bertempur” selepas kebenaran rentas negeri – Noor Hisham

Minggu depan penentu “bertempur” selepas kebenaran rentas negeri – Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Minggu hadapan merupakan penentu kepada semua pihak untuk ‘bertempur’ di medan baru dengan strategi baru susulan kebenaran rentas negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perkara itu hanya boleh diatasi sekiranya seluruh rakyat dapat menerapkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial.

“Setiap daripada kita memainkan peranan untuk memastikan “Keluarga Malaysia” kita selamat dari Covid-19.

“Prinsip panduan Kementerian Kesihatan adalah jelas dan kini tanggungjawab sosial adalah untuk melaksanakan, menerapkan dan mengamalkan SOP.

“Kita semua mesti mengetahui bahawa tindakan setiap individu mempunyai kesan terhadap bagaimana seseorang itu menguruskan Covid-19 dalam komuniti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Noor Hisham mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman menjelang hujung minggu ini merancang pematuhan SOP dan amalan norma baharu.

“Kita mesti mempunyai disiplin dan patuh terhadap SOP dengan menerapkan jarak sosial, mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri dengan baik.

“Kita mesti memastikan semua orang mematuhi jarak yang selamat, terutama di tempat yang sesak dan terkurung.

“Anda mungkin perlu menangani pengudaraan ruang untuk menjadikannya lebih selamat dengan pembersihan kawasan seperti pantri atau ruang solat (surau) dan hanya membenarkan sebilangan kecil untuk berkumpul pada satu-satu masa untuk memastikan keselamatan penjarakan sosial,” ujarnya. – MalaysiaGazette