Home Nasional 19 warga Malaysia terkandas akibat banjir lumpur di Rusia

19 warga Malaysia terkandas akibat banjir lumpur di Rusia

Bencana banjir lumpur di perkampungan berhampiran gunung Elbrus, Rusia mengakibatkan 19 warga Malaysia terkandas dalam kejadian pagi Jumaat. Foto:Sputniknews.com

KUALA LUMPUR – Seramai 19 orang rakyat Malaysia dilaporkan terkandas dalam banjir lumpur yang berlaku di Rusia semalam.

Kementerian Luar hari ini mengesahkan warga Malaysia yang sedang dalam pendakian ke puncak Gunung Elbrus telah terkandas dalam banjir lumpur itu pada pagi Jumaat lalu.

Banjir lumpur itu melanda kawasan perkampungan Terskol berhampiran gunung tersebut.

Bencana itu telah mengakibatka semua hubungan laluan darat ke kawasan berkenaan terputus.

“Bagaimanapun, kesemua warga Malaysia yang terkandas akbat bencana berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.

Tambah Kementerian Luar lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang bekerjasama dengan pihak berkausa tempatan untuk memindahkan para pendaki tersebut ke kawasan yang selamat.

“Warga Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian disarankan berhubung dengan Kementerian Luar di talian 03-8887 4570, E-mel [email protected] atau Kedutaan Besar Malaysia di Moscow beralamat Mosfilmovskaya Ulitsa 50, 115127 Moscow atau telefon +7 495 419 9898, +7 495 419 9899 atau +7 905 7466 944 serta E-mel [email protected].

Kementerian Luar Negeri berharap keluarga mangsa bencana supaya bertenang sementara proses perpindahan dijalankan.-MalaysiaGazette