Home Nasional Tiada pelaksanaan PKPD hari kelima berturut-turut – MKN

Tiada pelaksanaan PKPD hari kelima berturut-turut – MKN

PKPD ditamatkan di Lipis Pahang dan Kinta Perak

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Diperketatkan (PKPD) baharu di dalam negara untuk hari kelima berturut-turut.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada lanjutan PKPD dilaksanakan pada hari ini.

Tetapi, penamatan PKPD dilaporkan di dua kawasan lokaliti di Pahang dan Perak.

Kawasan itu ialah Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis dan Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta Perak.

PKPD di situ akan ditamatkan pada 11.59 malam esok.-MalaysiaGazette