WASHINGTON – Warga asing yang sudah lengkap vaksinasi akan dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS) mulai 8 November ini.
“Dasar pelancongan baharu AS menetapkan individu lengkap vaksinasi bagi pelancong asing ke Amerika Syarikat bermula pada 8 November,” tweet Kevin Munoz, Penolong Setiausaha Akhbar White House.
Tarikh yang ditetapkan itu untuk perjalanan udara antarabangsa dan darat.
Di bawah peraturan baharu ini, individu yang lengkap vaksin dan negatif dalam ujian Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum menggembara akan dibenarkan masuk.
Langkah itu menandakan berakhirnya sekatan ketat yang dikenakan kepada pelancong asing sejak awal tahun lalu.- Agensi