Home Nasional Pemulihan bekalan air Lembah Klang capai tahap 98 peratus

Pemulihan bekalan air Lembah Klang capai tahap 98 peratus

water supply Residents collecting water at a water tanker supplied by Air Selangor following water supply disruption at the area. Sungai Semenyih odour pollution water treatment plant
Pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mencapai tahap 98 peratus setakat 6 pagi ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mencapai tahap 98 peratus setakat 6 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata berdasarkan pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah, enam wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus.

Tahap pemulihan di dua kawasaan iaitu Kuala Lumpur kini mencapai tahap pemulihan 95.5 peratus dan Klang, 89.4 peratus.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air itu disebabkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan pada 9 pagi, Rabu (13 Okt) dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini.

Elina berkata pihaknya berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau mengajukan sebarang pertanyaan dan aduan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.- BERNAMA