Home Utama Krisis Rohingya perlu dikawal – Najib

Krisis Rohingya perlu dikawal – Najib

Najib Razak. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM

KUALA LUMPUR – Malaysia menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik ke arah menangani krisis di Rakhine.

Perdana Menteri berkata, krisis itu perlu dikawal agar keadaan tenang semula.

“Situasi buruk yang dihadapi oleh saudara-saudara Rohingya harus dikurangkan untuk kebaikan Myanmar dan rantau ini,” kata Datuk Seri Najib Razak melalui Facebook beliau.

Krisis penduduk Islam Rohingya sekali lagi mendapat perhatian dunia sekali lagi selepas berpuluh ribu penduduk melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan serangan besar-besaran.

Kejadian itu berlaku selepas pemberontak Rohingya menyerang 30 balai polis pada 25 Ogos lalu.

Agensi-agensi media asing melaporkan beratus-ratus penduduk Rohingya dibunuh manakala rumah mereka dibakar.

Kira-kira 40,000 orang penduduk Rohingya kini berada di sempadan Bangladesh bagi menyelamatkan diri.

Wakil Khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Yanghee Lee, berkata “kitaran keganasan yang semakin teruk” di Rakhine menjadi kebimbangan yang serius dan ia perlu ditangani segera.

Malaysia sebelum ini berkali-kali menggesa kerajaan Myanmar menghentikan segera tindakan berbentuk diskriminasi dan serangan terhadap etnik Rohingya.

Malah, Malaysia juga mahu dalang ketidakadilan itu wajar dihadapkan ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette.

+ posts