KUALA LUMPUR – Nilai Kadar Kebolehjangkitan (RT) turun kepada 0.88 semalam, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Putrajaya iaitu 1.06 diikuti oleh Negeri Sembilan dengan nilai RT 2.03 dan Kuala Lumpur yang mencatat nilai RT 1.00).
Kata beliau, Perlis, Melaka dan Selangor pula masing-masing mencatat nilai RT 0.95
“Kelantan mencatat nilai RT 0.93 manakala Terengganu dan Sabah masing-masing dengan nilai RT 0.89.
“Ia disusuli Johor dan Kedah masing-masing nilai RT 0.85 dan Pulau Pinang serta Pahang masing-masing dengan nilai Rt 0.83.
“Perak mencatat nilai Rt 0.79, Sarawak (0.76) dan Wilayah Persekutuan Labuan kosong nilai RT,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette