KUALA LUMPUR – Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan di Kilometer 5.8 Jalan Genting Highlands (jalan turun) yang melibatkan sebuah motosikal diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan membabitkan penungang motosikal warga tempatan itu berlaku jam 8.10 malam.
Siasatan polis mendapati motosikal berkenaan telah hilang kawalan di satu selekoh lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar bantu konkrit pembahagi jalan.
Akibat kemalangan utu, mangsa, Qua Kim Seng, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, kata beliau, mana-mana pihak yang melihat nahas tersebut menghubungi pihaknya di talian 09-2222222. – MalaysiaGazette