Home Seni Hidup The Auditon 2021 cungkil bakat baharu

The Auditon 2021 cungkil bakat baharu

Pertandingan pencarian bakat baharu di Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG) dikenali The Auditon 2021.

KUALA LUMPUR – Satu pertandingan pencarian bakat baharu terbitan Armani Entertainment Group (AEG) dikenali The Auditon 2021 sedang mencari bakat  peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.

Untuk memastikan pertandingan itu memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai rakan strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua,  berkata pihaknya yakin dengan kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat  dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan  lebih berdaya saing.

“Ledakan teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni lain termasuk kerja-kerja di sebalik tabir.

“Mereka perlukan menjadi seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin masa depan,” katanya.

The Auditon 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang video mereka disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan hakim profesional, yang terdiri daripada selebriti terkenal  tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita,  Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan Dynas Mokhtar.

Uji bakat itu akan diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu (Sabah).

Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000.

Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.

Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.

Selepas sesi uji bakat pertama di Kuala Lumpur pada 17 Oktober, selepas ini The Audition akan menemui orang di Kuantan, (24 Oktober), Johor Bharu (31 Oktober), Kota Kinabali (14 November), Terengganu (20 November), Pulau Pinang (28 November (Pulau Pinang) dan final akan diadakan pada 12 Disember ini. – MalaysiaGazette