BEIJING: Tindakan seorang pegawai polis menolak seorang wanita dan anaknya telah mencetuskan kemarahan penduduk China selepas perbuatannya dirakam melalui video.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku semasa polis tersebut menjalankan pemeriksaan letak kereta secara haram apabila seorang wanita tampil dan mempersoalkan mengapa dia disaman.
Video itu menunjukkan wanita itu sambil menduduk anak kecil menolak dada pegawai polis beberapa kali.
Pada rakaman durasi 22 saat, rakan pegawai polis keluar daripada kenderaan dan menolak wanita tersebut menyebabkan anak kecil itu jatuh ke tanah.
Seseorang yang melintasi kawasan itu kemudian berlari membantu mengangkat anak tersebut yang menangis selepas terjatuh.
Menurut New York Times, pengguna Weibo memberi pelbagai reaksi terhadap video yang ditonton oleh berjuta-juta pengguna media sosial.
Mereka mengutuk tindakan fizikal terhadap kanak-kanak itu, dengan seorang pengguna mengatakan: “Berapa banyak ancaman terhadap keselamatan seorang pegawai polis daripada seorang wanita yang sedang memeluk anak … Walaupun terdapat beberapa masalah atau pertikaian, itu tidak boleh menjadi sebab untuk menolak anak itu ke tanah.”.
Orang lain pula menyalahkan wanita itu yang menjadi punca terhadap pertengkaran tersebut.
China Daily pula melaporkan biro polis tempatan mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama, dengan memaklumkan pegawai itu telah digantung sementara menunggu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette
.