Home Nasional Jasmine ‘urut ping pong’ demi tampung anak

Jasmine ‘urut ping pong’ demi tampung anak

Banyak premis berselindung disebalik rumah urut tetapi turut menyediakan pakej perkhidmatan seks.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Permintaan tinggi, masa bebas, pendapatan lumayan, sebulan boleh dapat RM5,000 hingga RM6,000, oklah”

Demikian menurut Jasmine – seorang ibu tunggal yang ditemui yang memilih untuk membuat perkhidmatan urut batin sebagai kerjaya selepas ditinggalkan oleh bekas suami.

Wanita berusia 39 tahun itu mengaku pendapatan tersebut mampu menampung perbelanjaan dirinya dan empat anaknya di kampung yang dijaga oleh ibunya.

Menurut Jasmine, selepas ditinggalkan oleh bekas suami hampir 10 tahun lalu, dia terpaksa berhijrah ke Sepang, bekerja sebagai pembantu restoran di salah sebuah lot di Terminal Penerbangan Tambang Murah.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Kuching, Sarawak itu terpaksa berhenti kerja setelah tidak dibayar gaji selama tujuh bulan.

Keadaan memaksanya mencuba pekerjaan tukang urut selepas diajak oleh sepupunya di sebuah premis di Bandar Baru Nilai.

Dengan pendapatan melalui komisen sebanyak RM13 bagi seorang pelanggan, Jasmine terpaksa mencari sumber pendapatan lain dengan membuat urutan batin yang juga digelar ‘urut ping pong’.

Bagaimanapun, menurut Jasmine, urutan ping pong tidak banyak menambahkan pendapatannya.

“Kalau ikut kerja biasa, memang tidak cukup, saya buat ping-pong pun tak cukup. Kawan saya ajak buat(khidmat) seks, lagi lumayan katanya.

“Sekarang oklah, cukup untuk belanja sendiri, di kampung untuk anak-anak.” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Menurut Jasmine, antara pelanggan yang kerap melanggan khidmat seks daripadanya adalah daripada lelaki Melayu, warga Pakistan dan Cina.

Ketika ditanya sama ada beliau menyesal dengan kerjayanya, Jasmine hanya diam dan membalas soalan dengan senyum penuh makna.

Selepas beberapa saat, Jasmine mengakui pekerjaannya dipandang hina dan salah dalam agama dan moral namun dia ada alasanya tersendiri.

Baginya, dia ada anak untuk diberi makan selepas hilang tempat bergantung selepas tidak ada suami.

“Orang kita nak mengatakah, nak apakah, biarlah diaorang jadi tuhan. Saya tak minta duit dari orang, saya usaha, ini yang mampu saya buat.

“Kalau yang mengata tu boleh bagi pekerjaan mulia dekat saya silakanlah, saya berhenti jadi tukang urut,” katanya.

Cerita Jasmine memberi banyak pengajaran mengenai masalah sosial dalam masyarakat walaupun ia dilihat masalah peribadi.

Mungkin ramai lagi ‘Jasmine’ dalam kehidupan kita hari ini yang bergelumang dengan ‘duit lendir’ gara-gara mangsa keadaan.

Penguatkuasaan yang lemah mungkin punca masih ada pusat urut yang menyediakan pakej tambahan disebalik tabir tetapi lebih penting ‘kegagalan’ institusi masyarakat membela ibu tunggal seperti Jasmine untuk meneruskan survival juga perlu diambilkira.

Itu baru Nilai, belum lagi cerita di premis urut di bandar-bandar besar di Selangor dan Lembah Klang.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. buat nikah mutah lah tu. cerai tanpa talak. bangkai tu haram tapi dah terpaksa tak mengapa. bukan bermakna halal. tapi dibolihkan.

Comments are closed.