Home Dunia Misi AS untuk Palestin mungkin ditangguhkan

Misi AS untuk Palestin mungkin ditangguhkan

Bendera Amerika Syarikat berkibar di premis bekas Konsulat Jeneral Amerika Syarikat di Baitulmaqdis. foto Reuters

BAITULMAQDIS – Timbalan Menteri Luar Negeri Israel, Idan Roll berkata, misi diplomatik Amerika Syarikat (AS) untuk rakyat Palestin di sini mungkin tidak akan berlaku setelah Israel menentangnya.

“Saya percaya saya mempunyai alasan kukuh untuk menyatakan ia tidak akan berlaku.

“Orang AS memahami kerumitan politik. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik … Kami tidak percaya akan dikejutkan mereka. Saya tidak fikir mereka akan cuba mengejutkan kami,” kata Roll di TV Ynet Israel yang dipetik dari Reuters.

Pada bulan Mei lalu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan negara itu akan membuka semula Konsulat Jeneralnya di Baitulmaqdis untuk memulihkan hubungan Palestin selepas pentadbiran Donald Trump.

“Kami sedang membincangkan pembukaan semula Konsulat Jeneral kami di Baitulmaqdis untuk mengukuhkan keupayaan kami untuk melibatkan rakyat Palestin dan melaksanakan bantuan kami, diplomasi awam, dan pelaporan diplomatik,” kata Jabatan Negara pada masa itu.

Seperti yang dinyatakan oleh Reuters, Blinken baru-baru ini mengulangi untuk memulihkan hubungan Palestin walaupun tiada garis masa untuk proses tersebut.

Terdahulu pada bulan September, Menteri Luar Israel Yair Lapid, yang membentuk kerajaan baharu Israel selepas menggulingkan Benjamin Netanyahu berkata, Israel menentang rancangan AS untuk membuka semula konsulatnya.

“Kami fikir ia adalah idea yang buruk. Baitulmuqaddis adalah ibu kota Israel dan Israel yang berdaulat dan oleh itu kami tidak menganggap itu idea yang baik.”

“Kami tahu bahawa pentadbiran [Biden] mempunyai cara yang berbeza untuk melihat perkara ini, tetapi kerana ia berlaku di Israel, kami pasti mereka mendengar padangan kami dengan berhati-hati,” tambahnya. – Agensi