KUALA LUMPUR – Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (25 Okt) adalah sebanyak 94.7 peratus atau seramai 22,166,633 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,822,013 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam sahaja, sejumlah 184,162 dos suntikan diberikan melibatkan 140,054 suntikan dos lengkap, 21,927 suntikan dos pertama dan 22,181 dos penggalak menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,253,453 dos.
Setakat semalam juga, sebanyak 1,739,835 atau 55.3 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.6 peratus atau 2,566,922 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
— BERNAMA