Home Nasional Suri rumah rugi RM4,240 beli pokok keladi dalam talian

Suri rumah rugi RM4,240 beli pokok keladi dalam talian

Gambar hiasan.

KUANTAN –  Seorang surirumah kerugian RM4,240 setelah membuat urus niaga membeli pokok keladi hiasan menerusi dalam talian.

Ketua Bahagian Jabatan Sisasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berkenaan berhubung dengan penjual melalui Whatsapp pada Ahad lalu selepas melihat iklan tanaman itu menerusi aplikasi Tik Tok.

“Selepas itu, mangsa menggunakan aplikasi perbankan internet telah membuat pembayaran sejumlah RM140 kepada suspek,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, keesokan hari mangsa diminta membuat pembayaran sejumlah RM1,350 bagi kos penyemburan pokok tersebut agar ia berada dalam keadaan baik semasa proses penghantaran

Malah pada hari yang sama menurut menurut Mohd Wazir, mangsa dikhendaki membayar RM2,000 sebagai kos tambahan.

“Manakala bayaran RM750 lagi sebagai kos penjagaan bunga tersebut turut dibayar oleh pengadu.

“Suspek meminta lagi dari pengadu baki sejumlah RM2,000 namun pengadu tidak membuat sebarang pembayaran lagi,” ujarnya.

Menyedari ditipu, Mohd Wazir berkata, mangsa membuat laporan membuat laporan polis.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette