Home Sukan Tidak mengapa, saya faham apa maksud YB – Pandelela

Tidak mengapa, saya faham apa maksud YB – Pandelela

Pandelela Rinong.

KUALA LUMPUR – Atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengakui dia faham maksud yang ingin disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung pendedahannya mengenai isu gangguan seksual dilaluinya.

Menerusi satu ciapan di Twitter berkata, dia faham kenyataan itu selepas melihat senario penuh yang berlaku pada sesi sidang media berkenaan menerusi hantaran video  Ahmad Faizal.

“Tidak mengapa YB @PejaOfPerak, sekarang saya memahami senario penuh selepas melihat video ini. Wartawan lelaki yang mengajukan persoalan yang berat untuk anda,” kata atlet kelahiran Sarawak itu.

Ahmad Faizal sebelum itu menaikkan ciapan yang turut disertakan dengan video sidang media berkata:

“Saya tidak langsung mempersoalkan apa yang diadukan oleh @Pandelela_R. Apa yang saya katakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku.

“Ini adalah perkara serius, kita harus memastikan satu persekitaran yang selamat untuk atlet kita di setiap peringkat. Lela saya bersama kamu,” katanya.

Hari ini di Dewan Rakyat, Ahmad Faizal diasak oleh ahli Parlimen pembangkang sepertti Gobind Singh Deo yang mempertikaikan kenyataannya berhubung isu gangguan seksual dibangkitkan Pandelela.

Ahmad Faizal menjelaskan beliau tidak mempertikaikan atau mempersoalkan aduan Pandelela tetapi mahu maklumat lanjut diberikan bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu Pandelela: Ahmad Faizal diasak pembangkang