Home Nasional Tiada pelaksanaan, pelanjutan serta penamatan PKPD hari ini

Tiada pelaksanaan, pelanjutan serta penamatan PKPD hari ini

Tiada pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD baharu di negara pada hari ini menurut MKN.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang kawasan yang dilaksanakan atau diperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana-mana lokaliti hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan turut melaporkan tiada pelanjutan serta penamatan PKPD setakat ini dalam perkembangan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Saad berkata demikian mengenai perkembangan terbaharu status PKPD di negara ini.-MalaysiaGazette