KUALA LUMPUR – Sejumlah 84 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah kepada 28,576.
Daripada jumlah itu, sebanyak 67 kematian dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.
Kementerian Kesihatan berkata, daripada kes kematian yang dilaporkan sebanyak 20 kes meninggal dunia atau 23.8 peratus di luar hospital.
Kementerian Kesihatan berkata, Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi sebanyak 19 atau 22.6 peratus daripada kematian baharu.
Ia diikuti Sabah (16), Perak (12), Selangor (8), Johor (7), Terengganu (7), Kedah (6), Kelantan (5), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Kuala Lumpur (1).
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Perlis serta Negeri Sembilan merekodkan sifar kes kematian.
Setakat bulan ini, Malaysia merekodkan 2,368 kes kematian. – MalaysiaGazette