Home Nasional Tiada lokaliti baharu laksana PKPD hari ini – MKN

Tiada lokaliti baharu laksana PKPD hari ini – MKN

KUALA LUMPUR – Tiada lokaliti baharu di seluruh negara yang dilaksana, dilanjut mahupun ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, perkara itu tidak diumumkan kerajaan bagi ketiga-tiga kategori tersebut susulan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini. – MalaysiaGazette