MADRID – Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Sevilla 3-3 pada saat-saat akhir perlawanan Copa del Rey awal pagi ini bagi membolehkannya mencatatkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah.
Pada perlawanan yang berlangsung di Sevilla, Real melangkan ke pusingan suku akhir Copa del Ray menerusi jaringan Karim Benzema yang menewaskan beberapa pertahanan lawan sebelum merembat kencang untuk membolehkan pasukannya melepasi rekod yang dikongsi bersama musuh tradisinya, Barcelona.
Jaringan penyamaan itu bermula dengan umpanan Mercelo di luar kawasan penalti. Rembatan Benzma terkena kaki pemain pertahanan lawan sebelum bola melepasi garisan gol.
Real mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 6-3 berikutan kemenangan 3-0 ke atas pasukan yang sama pada perlawanan pertama di laman sendiri minggu lalu.
“(Sevilla) bermain dengan baik dan layak menang,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Bagaimananpun jika anda lihat kepada kedua-dua perlawnaan, kami layak untuk mara,”.
Real meneruskan rekod kemenangan yang bermula sembilan bulan lalu. Kelab itu telah memenangi 30 perlawanan dan seri 10 perlawanan, termasuk menang tiga kejuaraan.
“Kami gembira mencapai matlamat kami dengan berhadapan pesaing yang sangat-sangat sukar (untuk ditewaskan),” kata pemain pertahanan, Sergio Ramos. “Kami tidak menang tetapi kami mengekalkan rekod (tanpa kalah) kami,”
Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain kesebelasan utama direhatkan pada perkawaan itu.
Benzema menjaringkan gol kurang 20 minit selepas beliau meninggalkan bangku pemain simpanan di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.
Pasukan tuan rumah mendapat gol pertama apabila pemain pertahanan Real, Danilo, menjaringkan gol sendiri 10 minit selepas perlawanan bermula.
Namun larian 70 metera Marco Asensio melenyapkan impian pasukan tuan rumah apabila dia menjaringkan gol penyamaan selepas rehat. Pemain itu mendapat bola di kawasan sendiri dan membawa bola ke kawasan lawan lalu menggegarkan jaring.
Ketika itu, Sevilla memerlukan empat gol bagi mara ke pusingan seterusnya dan ia menambah dua gol menerusi Stevan Jovetic dan Vicente Iborra.
Bagaimananpun Real menjaringkan gol pada lewat permainan menerusi sepakan penalti yang disempurkan oleh Ramos, kembali beraksi selepas mengalami kecederaan. Ramos yang dicemuh penonton dalam pelawanan itu meraikan jaringannya dengan melakukan provokasi kepada mereka.
“Saya meminta maaf kepada peminat yang tidak menghormati saya, seperti mereka yang mencemari imej penyokong Sevilla,” kata Ramos yang merupakan anak jati Sevilla dan bekas pemain Sevilla. “Pada akhirnya, ia sentiasa menjadi rumah saya,”
Ia merupakan pertembungan dua pasukan teratas liga Sepanyol dan ulangan perlawanan akhir Super Cup yang mana Real menang dalam masa tambahan lima bulan lalu.
“Kami sangat hampir (memenangi perlawanan),” kata jurulatih Sevilla, Jorge Sampaoli. “Kami bermain dengan baik sepanjang perlawanan,”.
Kedua-dua pasukan itu akan bertemu pada perlawanan liga Ahad ini dengan Real cuba mempertahankan kelebihan empat mata.
Pasukan bimbingan Zidane juga bermain kurang satu perlawanan.
Real cuba memenangi Copa del Rey pertamanya sejak 2014. Pada musim lalu, penyertaannya dibatalkan pada pusingan pembukaan kerana menurunkan pemain yang tidak layak.
Sevilla reached the final last season but lost to Barcelona, which advanced to the quarterfinals on Wednesday by beating Athletic Bilbao 3-1 to reverse a 2-1 first-leg loss in Bilbao.
Pada musim lalu, Sevilla layak ke perlawanan akhir namun tewas di tangan Barcelona yang mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-1 walaupun tewas 1-2 pada perlawanan pertama di Bilbao. – AP