Home Nasional Sebanyak 6,715 kes sembuh Covid-19 hari ini

Sebanyak 6,715 kes sembuh Covid-19 hari ini

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 6,715 kes sembuh Covid-19 sejak 24 jam lalu direkodkan dan jumlah keseluruhan kes discaj sebanyak 2,368,634.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 570 pesakit berada di unit rawatan rapi dengan 503 daripadanya disahkan positif manakala 67 disyaki dijangkiti.

“Sebanyak 293 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan 216 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 77 orang disyaki positif.

“Kita merekodkan sebanyak 5,841 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini melibatkan 5,504 rakyat tempatan dan 377 warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 570 kes dengan 503 daripadanya telah disahkan positif Covid-19 manakala 67 kes disyaki dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 293 dengan 216 daripadanya disahkan Covid-19,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 13 kes import dilaporkan dalam tempoh 24 jam ini.

Dalam pada itu, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 12.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Pada awal bulan ini, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 5,854 kes baharu direkodkan hari ini