TOKYO – Saat-saat manis seorang lelaki yang melamar kekasihnya bertukar tragedi apabila dia terjatuh ke dalam laut.
Kejadian itu berlaku di tengah-tengah Jambatan Irabu, Tokyo – yang menghubungkan Miyako dan Kepulauan Irabu.
Pasangan itu dikatakan berhenti di tepi jalan berhampiran jambatan tersebut sebelum kejadian.
Selepas keluar dari kereta, lelaki tersebut melamar teman wanitanya.
Sebaik sahaja kekasihnya bersetuju, dia yang sangat gembira melompat ke atas penghadang setinggi 1.2 meter.
Bagaimapun nasibnya malang kerana terlepas ke bawah laut sedalam 30 meter.
Polis percaya mangsa telah mengambil alkohol sebelum kejadian berlaku.
Mayat lelaki itu ditemui selepas tujuh jam operasi penyelamat dijalankan. – MalaysiaGazette