Home Sukan Aguero berehat tiga bulan akibat sakit jantung

Aguero berehat tiga bulan akibat sakit jantung

Sergio Aguero. Foto Skysports.

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Sergio Aguero terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan kerana rawatan pemantauan jantungnya, kata kelab itu dalam satu kenyataan semalam.

“Aguero tidak akan bermain dan dalam tempoh tiga bulan kerana akan melalui proses therapeutic di mana keberkesan rawatan itu akan dinilai dalam usaha menentukan proses pemulihannya,” kata kelab itu.

Pemain antarabangsa Argentina itu dibawa ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas ketika Barcelona seri di laman sendiri berdepan Alaves pada Sabtu lalu.

Dia digantikan sebelum tamat babak pertama oleh Philippe Coutinho.

Kelab memuat naik gambar pemain itu yang dikenali sebagai ‘Kun’ di Twitter bersama hashtag ‘ForcaKun’ (Strength Kun).