Home Nasional Covid-19: 46 kematian semalam

Covid-19: 46 kematian semalam

Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 46 kes kematian yang diakibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Berdasarkan data COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik berkenaan adalah 29,091 kes.

Daripada jumlah harian, sebanyak lapan kematian di luar daripada hospital (BID).

Mengikut pecahan negeri, Sarawak masih kekal menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 10 kematian diikuti Kelantan (9), Johor (8), Sabah (4), Kedah (3), Perlis (3), Malacca (2), Penang (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Hanya tiga buah negeri tidak mencatatkan kematian iaitu Pahang, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu laman sesawang berkenaan turut melaporkan 67,160 kes aktif sehingga semalam.

Jumlah ini bertambah sebanyak 298 daripada hari sebelumnya.

Sebanyak 5,291 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan semalam. -MalaysiaGazette