Home Nasional Hospitality Lab Tourism Academy bertaraf hotel lima bintang

Hospitality Lab Tourism Academy bertaraf hotel lima bintang

Noraini Ahmad membetulkan skaf seorang penuntut di Hospitality Lab ketika mengadakan lawatan kerja.

KUALA LUMPUR – Pembinaan Hospitality Lab Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pelancongan Langkawi sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia.

Hospitality Lab ini merupakan gabungan bilik latihan dan simulasi dalam bidang hospitaliti dan pelancongan yang direka khas berkonsepkan operasi sebenar industri hotel mengikut standard industri perhotelan semasa.

Projek ini bukan sahaja menawarkan program pengajian pelancongan berkualiti tinggi tetapi juga memiliki prasarana lengkap serta kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, Hospitality Lab ini bukan sahaja digunakan untuk kegunaan proses pembelajaran, tetapi turut digunakan dalam penganjuran kursus pendek dan latihan khas kepada komuniti dan organisasi melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Noraini Ahmad menandatangani plak sebagai tanda perasmian Hospitality Lab Tourism Academy@ Kolej Komuniti
Langkawi(LTA@KKLK).

”Matlamat utama penubuhan Hospitality Lab adalah untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar ketika berada diindustri kelak.

”Dengan perkembangan globalisasi dan pelaksanaan norma baharu, Hospitality Lab ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan teknologi terkini mengikut standard hotel bertaraf 5 bintang,” katanya sempena lawatan ke Hospital Lab hari ini.

Dalam lawatan kerja ini,beliau turut menyempurnakan upacara Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Asrama Pelajar, Kafeteria dan kemudahan-kemudahan lain di LTA@KKLK.

Menurutnya, skop projek melibatkan pembinaan asrama yang boleh memuatkan 180 orang pelajar lengkap dengan dua unit rumah warden dan kemudahan asas (rekreasi dan sosial),bina semula kafeteria untuk kapasiti 50 orang pelajar dan pembinaan surau yang melibatkan kapasiti 100 orang pelajar pada satu-satu masa.

Projek ini dijangka siap pada Oktober2023, ujarnya,

Projek ini dibangunkan menggunakan konsep penginapan yang lebih santai dan moden bagi membolehkan pelajar tinggal di dalam kampus dengan keadaan lebih selesa. – MalaysiaGazette