KUALA LUMPUR – ”Tok Mat, SD (akuan bersumpah) tu tak boleh pakai untuk menghalang wakil rakyat lompat parti,” kata Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke.
Sebaliknya, kata beliau, amalan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat boleh dikuatkuasakan melalui Akta Lompat Parti yang diluluskan di Parlimen melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.
”Selepas ini, saya harap semua parti sama-sama menyokong penggubalan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen. Biarlah politik ini ada maruah sikit,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah menerima katak politik semasa penggal pertama beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu bekas ADUN Bahau, Lim Lui Ming yang menang atas tiket DAP pada PRU tahun 2004 dan lompat ke BN pada tahun 2007.
Untuk rekod, Lui Ming memutuskan untuk kembali semula kepada MCA – parti yang yang
ditinggalkannya hampir 20 tahun pada ketika itu.
Lui Ming berkata, dia kembali ke pangkuan MCA kerana senang dengan kepimpinan presiden parti tersebut semasa itu iaitu Datuk Seri Ong Ka Ting. – MalaysiaGazette
Semua 28 calon BN perlu tandatangani SD elak lompat parti – Tok Mat