Home Nasional 58 kit ujian kendiri diberi kelulusan bersyarat – Noor Hisham

58 kit ujian kendiri diberi kelulusan bersyarat – Noor Hisham

Ahli farmasi, Tibashini Vikneswaran menunjukkan antara Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang dijual di SP Farmasi, Rawang. Foto HAZROL ZAINAL, 08 OGOS 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 58 kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kit ujian itu boleh didapati di farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan serta premis yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

“Orang awam dinasihatkan agar membeli kit ujian tersebut di fasiliti berkenaan sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap mengenai kit ujian tersebut di portal rasmi MDA di https://portal.mda.gov.my atau laman Facebook dan Instagram MDA. – MalaysiaGazette