BARCELONA – Barcelona mengumumkan kepulangan Xavi Hernandez sebagai jurulatih kelab itu, umum kelab itu menerusi satu ciapan pada akaun Twitter miliknya.
The Catalan memberitahu bekas pemain tengah legenda dijangka kembali ke bandaraya ini pada penghujung minggu bagi memikul tanggungjawab baharunya itu.
“Sudah tiba masa untuk kembali. Selamat datang Xavi.
“Ia bukan ucap selamat tinggal, kita berjumpa lagi,” kata kenyataan itu.
Turut dimuatkan klip video memaparkan pemain berkenaan meninggalkan kelab terbabit pada 2015.
Sebelum ini, Barcelona dalam kenyataan itu berkat, pihaknya sudah mencapai persetujuan dengan Xavi untuk menjadi ketua jurulatih pasukan sepanjang musim ini dan dua lagi musim akan datang bagi menggantikan Ronald Koeman yang dipecat sebelum ini.
“Xavi Hernandez akan tiba di Barcelona pada penghujung minggu ini dan pada hari Isnin, 8 November, dia akan diperkenalkan sebagai jurulatih utama pasukan di depan umum di Stadium Camp Nou,” kata kenyataan berkenaan.
Kelab Qatar, Al Sadd yang dibimbing Xavi sejak 2019 sebelum ini dilaporkan berkata, mereka sudah mencapai persetujun dengan Barcelona dan turut menyiarkan foto bekas pemain Sepanyol itu menerusi media sosial ketika mengucapkan selamat jalan kepada pemain dan pengurusan kelab itu. – MalaysiaGazette