LONDON – Nuno Espirito Santo akan mendapat pampasan sebanyak £12 juta (RM50 juta) daripada Tottenham Hotspur selepas kelab utu memecatnya selaku ketua jurulatih, lapor FTBL.
Nuno hanya sempat berkhidmat selama empat bulan selepas berhijrah dari Wolves bagi menggantikan Jose Mourinho.
Spurs tewas 3-0 di tangan Manchester United pada minggu lalu yang merupakan kekalahan kelima mereka dalam 10 perlawanan liga serta diejek penyokong yang bersorak ‘kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan.’
Dia membawa Wolves beraksi di EPL pada 2018 dari Liga Kejuaraan dan membimbing pasukannya menamatkan dua musim berturut-turut di tangga ketujuh dalam dua musim pertama mereka sebelum meraih kedudukan ke-13 pada musim lalu.
Tottenham menjadi pasukan yang sering menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas di bawah kendalian Mauricio Pochettino – mara ke final Liga Juara Juara 2019 namun gagal memenangi sebarang trofi sejak 2008. – FTBL