Pengundi bagi kerusi DEwan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mendakwa cukup teruja untuk melihat pertembungan antara calon Perikatan Nasional (PN) dan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Menurut Muhamad Razif Roslan, 36 sebagai pengundi di DUN tersebut, dirinya melihat bahawa pertembungan antara protege dan bekas mentor itu adalah kemuncak kepada PRN yang julung kali diadakan di negeri ini.