KUALA LUMPUR – Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) semalam menjadi tumpuan ramai.
Ini kerana Siti Nurhaliza, 42, didakwa memakai seutas jam tangan jenama mewah iaitu Richard Mille ke majlis itu.
Apa yang menariknya, ada netizen yang telah berkongsi harga jam tangan yang dipakai penyanyi tersebut iaitu bernilai lebih RM1 juta.
Namun ada yang memuji Siti Nurhaliza sambil menyifatkan penghibur yang juga usahawan itu bukan seorang artis yang suka menunjuk-nunjuk tentang barangan yang dipakainya. – MalaysiaGazette