MELAKA – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berkata langkah untuk melarang mahasiswa diangkat menjadi calon bagi sesebuah parti politik di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah berlawanan dengan fitrah demokrasi negara.
MELAKA – Kangkah melarang mahasiswa diangkat menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah berlawanan dengan fitrah demokrasi negara.
Pengerusi Pakatan harapan (PH) dan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengurusan universiti yang dipelajari oleh calon PH, Farzana Hayani Mohd Nasir sepatutnya berbangga kerana mahasiswa kelahiran universiti itu diangkat sebagai calon.
“Mereka sepatutnya berbangga kerana calon kita adalah daripada universiti mereka.
“Dia dijemput untuk diangkat PKR menjadi calon PRN Melaka,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor pada sidang media secara maya, hari ini.
Amirudin menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai isu pencalonan Farzana yang merupakan mahasiswa universiti tempatan.
Jelas Amirudin, langkah itu jelas tidak menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik yang diluluskan pada 2018.
“Saya percaya UiTM tak guna AUKU tetapi 70 hingga 80 peratus daripada akta dan peraturan yang digunakan itu hampir sama dengan AUKU.
“Semangat Malaysia yang membenarkan ramai orang muda dan partisipasi orang muda saya kira itu tidak jadi halangan dan itu satu isyarat yang salah kalau mengambil tindakan terhadap calon yang kita berikan,” katanya.
Farzana Hayani yang dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai merupakan calon termuda di PRN Melaka kali ini.
Ketua Srikandi PKR Melaka itu akan berdepan saingan empat penjuru dengan beberapa muka lama di DUN Sungai Rambai. – MalaysiaGazette