KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memperhalusi keputusan mahkamah di United Kingdom yang menyatakan pekerja gig layak mendapat hak-hak pekerja dan sama ada ianya boleh dipakai dan disesuaikan untuk mengawal selia pekerja gig di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kementerian akan meneliti keperluan untuk menggubal satu perundangan khusus untuk mengawal selia dan melindungi kebajikan pekerja gig memandangkan golongan ini tidak berada di bawah kawalan Akta Kerja 1955.
“Selain itu, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan akan diadakan oleh KSM dalam masa terdekat dan akan mengemukakan maklum balas berhubung perkara ini kepada Jemaah Menteri.
”Setakat ini, pekerja gig hanya mendapat perlindungan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – MalaysiaGazette