![251505714_296326249016769_5953412774525612486_n](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/11/251505714_296326249016769_5953412774525612486_n-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Melaka United muncul juara Kumpulan C selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak buah Zainal Abidin Hassan berjaya mengelak pertembungan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir.
Sebaliknya, skuad Hang Tuah akan menentang Sabah yang muncul naib juara Kumpulan D, manakala tugas getir menentang JDT itu akan digalas skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang muncul naib juara kumpulan.
Sementara itu, Sabah mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menundukkan PJ City 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Likas.
Gol tunggal skuad Sang Badak itu dihasilkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan, Risto Mitrevski pada minit ke-20.
Peluang itu terhasil selepas penyerang Sabah, Amri Yahyah dijatuhkan pemain PJ City di dalam kotak penalti. – MalaysiaGazette