Home Nasional MIC rangka penyelesaian banjir kilat di Gadek – Shanmugam

MIC rangka penyelesaian banjir kilat di Gadek – Shanmugam

Calon BN kerusi Dun Gadek, VP Shanmugam melawat kawasan banjir kilat di Kampung Gadek Dalam, Gadek, Melaka.

GADEK – Satu penyelesaian masalah banjir kilat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek perlu diwujudkan, kata calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu, kata VP Shanmugam.

Katanya, pihaknya sedia maklum dengan musibah tersebut dan ian bukan sesuatu yang baharu.

“Saya tidak bercakap atau berjanji kerana ini adalah musim pilihan raya tetapi kita sedang merangka satu jalan penyelesaian bagi isu ini,” katanya.

Beliau yang merupakan satu-satunya calon MIC yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkata, ia akan dilakukan kerana MIC adalah parti yang berpaksikan rakyat dengan mengutamakan kebajikan mereka.

Pada PRN Melaka, Shanmugam akan ditentang G Saminathan (DAP – PH), Mohd Amir Fitri Muharam (Bersatu – PN), Laila Norinda Maon (Putra), Azafen Amin (bebas) dan Mohan Singh (Bebas).

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meminta anggota parti memikirkan apakan yang boleh mereka berikan kepada penduduk setempat.

Katanya, ia perlu realistik dan bukannya janji retorik yang membuatkan masyarakat muak dengan ahli politik. – MalaysiaGazette